TUTORIAL MAIN KEYBOARD
cara main keyboard buat pemula

Bukankah indah jika anda boleh mengekspresikan emosi serta
jiwa halus anda melalui muzik. Tetapi anda mempunyai satu masalah iaitu tidak
tahu bermain alat muzik. Jadi pada post kali ini penulis akan beri tutorial
untuk belajar piano secara basic.Objektif post ini adalah supaya anda mampu
untuk memainkan lagu dengan piano setelah anda habis membaca post ini.
Piano biasa terdiri dari 88 key tetapi keyboard mempunyai
key yang lebih sedikit, ada yang mempunyai 76, ada yang 42, hatta 12 key
sekalipun ada.TETAPI walaupun sebanyak mana key di piano tersebut basicnya
adalah hanya 12 key iaitu C, C# (C sharp)/Db (D flat), D, D#/Eb, E, F, F#/Gb,
G, G#/Ab, A, A#/Bb, dan B. Not seterusnya akan kembali kepada C tetapi C
bernada yang lebih tinggi.Lihat gambar di bawah. Jadi cara mudah untuk mengenal
not-not di piano adalah dengan melihat not hitamnya. jika anda melihat 2 not
hitam berdekatan, maka not sebelumnya adalah C (lihat gambar), Jika anda
melihat 3 not hitam berdekatan maka not sebelum not hitam yang pertama adalah
F.
Ok sekarang mari belajar tentang asas pembinaan kord di
piano. Kebanyakan lagu menggunakan kombinasi kord major dan minor.Kesilapan
utama bagi kebanyakan orang yang baru belajar piano atau gitar ialah mereka
menghafal kord tetapi tidak tahu asas membina kord. Jadi banyak kord yang perlu
dihafal tetapi jika anda tahu asas pembinaan kord, anda boleh bermain kord apa sekalipun
tanpa perlu menghafalnya,
Ok apa itu kord? Kord ialah kombinasi 3 not yang dimainkan secara serentak. Secara asasnya ada 2 jenis kord yang selalu dimainkan iaitu Major dan Minor. Di piano Kord selalunya dimainkan dengan jari 1,3 dan 5.lihat gambar dibawah.
Ok apa itu kord? Kord ialah kombinasi 3 not yang dimainkan secara serentak. Secara asasnya ada 2 jenis kord yang selalu dimainkan iaitu Major dan Minor. Di piano Kord selalunya dimainkan dengan jari 1,3 dan 5.lihat gambar dibawah.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH
Komentar
Posting Komentar